About

Ia bermula dari seorang online seller yang suka buat banyak perkara. Semua benda nak jual.

Suplimen, mesin & gadget, affiliate, bilik hotel, pakej pelancongan, amazon dan banyak lagi yang dibuat.

Apa yang merungsingkan adalah macam mana nak handle semua bisnes dalam satu masa?

Selepas pelbagai kajian dan percubaan selama 5 tahun akhirnya berhasil melahirkan RoboPost.


Apa ni RoboPost?

  • RoboPost adalah teknik berkesan untuk membuat schedule, autoposting, autoupdate & recycle post ke Facebook Page & Instagram. 
  • Born in Malaysia


Adakah ia software atau app?

  • RoboPost bukan software atau app.
  • Ia adalah "skill teknikal" yang perlukan sedikit setup mudah untuk membolehkan RoboPost berfungsi.
  • Ia mampu post gambar ke Facebook & Instagram secara automatik dan berulang2 sehingga masa yang anda tetapkan. 


Macam mana buat RoboPost?
Ops.. Mintak maaf, tak boleh la share blueprint disini. Tapi RoboPost ada prinsip technology transparency, maksudnya anda boleh tengok enjin RoboPost tapi bukan manual mengendalikannya. Kami xda pasang benda tak elok yang boleh hack atau curi maklumat pengguna. Kami patuh syariah!

Ok, apa enjin RoboPost?
RoboPost dibina dengan menggabungkan beberapa apps dan software percuma dipasaran. Antaranya adalah:-
Google Calendar - untuk schedule post & content
IFTTT - executioner, app yang menjalankan perintah
Buffer - app yang mengawal sela masa dan platform social media.
Dengan menggunakan servis ini, RoboPost tak perlukan in-house developer untuk jaga coding dan maintenance. Biar developer dari Google, IFTTT dan Buffer yang buat kerja. Owhhb.. by the way, kami tak tahu pun pasal coding, jangan lah tanya pasal API atau JSON sebab kami tak boleh jawab

Macam mana nak dapatkan RoboPost untuk bisnes saya?
RoboPost ada menyediakan "content database" yang mengandungi gambar dan caption produk, sedia dipasang dengan FB & IG anda. Buat masa ini ada beberapa bisnes yang boleh mula guna. Sila lihat senarai dalam link PRODUK

Tapi bisnes yang saya buat tiada dalam senarai. Macam mana?
Kami alu alukan kolaborasi dengan owner produk untuk buat content database bisnes mereka dengan kami. Owner produk berminat buat content database dengan RoboPost? Baca disini

Apa kelebihan kalau ada content database dengan RoboPost?
Content database ni adalah gambar produk, gambar testimoni, caption dan copywriting bisnes.
Bayangkan anda tak perlu lagi pening kepala nak buat post apa pukul 8 pagi, 8 mlm etc, biar content database tadi yang keluar di FB dan IG ikut masa dan waktu yang anda tetapkan.
Maksudnya FB & IG berjalan sendiri, anda cuma perlu kembangkan audience, advertising dan lebih responsive melayan pertanyaan pelanggan. Marketing part , RoboPost yang jaga.